Thursday 6 August 2015

SAYA NAK MASUK BLOGLIST VITAMIN WAWA BULAN OGOS-SEPT 2015

Assalamualaikum ...

Jom join contest ni. Klik sini okay !

5 Tips Turun Berat Badan Cara Saya

Assalamualaikum.





Ramai yang berazam nak kurus tapi tak tahu nak start dari mana? ni Syirah buat :)


5 Tips Turun Berat Badan Cara Syirah


1. Banyakkan Pengambilan Air Putih


minum air putih sebanyak 3 liter sehari (bagi Syirah yang berat 70kg plus ni) Banyak kan? Mula -mula Syirah nak start belajar minum air putih or mineral dulu payah sangat, sehari dapat minum 1 liter saja pon dah kira berjaya dah tu..hehe... Ye laa, dah bisa minum yang manis manis, yang berperisa, rasa lain macam je anak tekak ni nak telan air plain saja kan? tapi bile semangat tu dah datang, kita akan cuba cari jalan jugak macam mana nk buat! So, apa Syirah buat? Standby kan satu botol mineral kecik ni, 500ml, so, kena minum sehari 6 botol untuk cukupkan 3 liter.. lagi senang kalau dapat sediakan botol yang ada indicator 1 liter yang cantik2 tu, lagi semangat nk minum. Ni cara Syirah :)
  • bangun pagi minum sebotol sebelum pergi kerja
  • breakfast 1 botol, 
  • around 10 pagi -12 tengahari sebotol
  • after lunch sebotol till 5 PM
  • petang balik kerja sampai Isya' sebotol
  • before tido sebotol 
 2. Amalkan Gaya Hidup Aktif dan Bersenam


Syirah kan dah beranak dua. kalau nak khususkan satu-satu masa untuk betul-betul bersenam tu memang tak la. Tak sempat dik oiii! So, jalan mudahnya, sibuk kan diri dengan kerja-kerja rumah dan BERPERANG dengan anak-anak.. "berperang" here means - kejar anak nak pakai kan pampers, nak mandikan diorang, nak kemas bilik, kemaskan rumah, kemaskan toys diorang, dan macam-macam lagi hal-hal rumahtangga. Bunyi macam alaaa, tu je pon.. tapi TRUST me, tak semudah yang dibayangkan ok! berpeluh sampai lencun baju akak ...Tu yang kita nak, Jangan duk melepek je kat rumah walaupun hari minggu okay!..


3. Lebihkan Protein & Sayuran


Syirah memang penggemar sayur tau.. setiap kali makan mesti nak kena ada satu hidangan sayur. Ulam-ulaman Syirah minat jugak tapi tak banyak boleh telan. Kalau yang berbau macam petai, tu memang tak ambil la,, hehe


 



Protein pulak Syirah suka pelbagaikan. Macam harini menu ayam, esok ikan pulak. Mostly Syirah suka yang panggang berempah, Baru la berpeluh je badan ni, Tapi kan, segala jenis ayam ikan ni for sure lah kena masak dulu, tak kan nak makan mentah-mentah jer, bila dimasak, terdedah dengan suhu yang tinggi, kebanyakan zat dalam tu dah hilang almost 80%. 


Jadi untuk supply sumber protein yang mencukupi dalam rutin diet, Syirah tambahkan Cinch Shake Mix dan juga ESP sebagai minuman harian. 



 


Cinch perisa Cafe Latte ni memang sedap kalau nak dibandingkan dengan kopi-kopi di pasaran, Rasa macam kopi kat cafe mahal-mahal tau! Syirah suka campur dengan susu rendah lemak Dutch Lady. Kafein nya pula sangat minima compared to nescafe. ESP pulak Syirah consume untuk pudarkan parut-parut alahan semasa hamil. Alhamdulilah makin cerah dan hilang parut tu .

4. Jangan Skip Waktu Makan




Ada kawan-kawan Syirah yang suka betul skip-skip waktu makan kalau diet. Contoh kalau nak makan tengahari nanti, breakfast memang diorang tanak makan sebab katanya dapat kurangkan sikit makanan yang masuk seharian.. SALAH tuuu! Pengalaman Syirah, kalau kita skip makan contohnya masa breakfast tak makan, jadi masa lunch, for sure rasa sangat lapar dan tu yang leads kita ambil lagi banyak portion untuk lunch, so, makan banyak dalam satu masa sangat tak efektif untuk diet program okay! Makan je setiap kali waktu breakfast,lunch, makan petang dan makan malam tapi dalam kadar yang sedikit. Barulah perut kenyang sentiasa, dan tak rasa nak makan banyak dalam satu-satu waktu makan.



5. Pengambilan Supplement untuk Fat Burning dan Detox


Bagi yang berat berlebihan macam Syirah, yang dah bertahun-tahun mengumpul lemak ni, Syirah nasihatkan ambil lah makanan tambahan yang boleh membantu tingkatkan kadar pembakaran dan at the same time boleh detox kan lemak-lemak tu dari badan kita.




Nak pilih supplement tu jugak kena pilih lah yang boleh provide energy untuk kita. Macam Syirah amalkan Lecithin dan HerbLax tau untuk tingkatkan kadar pembakaran lemak dan membantu sistem perkumuhan membuang dengan cara yang mudah dan selamat.






Buat masa sekarang, itulah tips dan cara Syirah amalkan untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat. Setiap orang ada cara nya yang sendiri. So, bergantung kepada selera kita dan penerimaan badan kita . Yang mana berkesan, yang tu kita boleh amalkan. yang memudaratkan mohon jangan buat lah okey!

Till then, SELAMAT MENCUBA!